Latihan Asas Office Professional
Tarikh : 8,9,15,16,22 & 23 Oktober 2018 | 10,11,17,18,24, & 25 Oktober 2018 (Excel)
Masa : 09:00 Pagi – 10:00 Pagi (Dewasa) | 2.30 petang – 4.30 petang (Pelajar)
Lokasi : Pusat Internet Kg Pichin
Peserta : 10 Orang
Tujuan : Kelas Office Professional (Word, Excel, & Powerpoint) khas untuk ahli PI Kg Pichin khususnya golongan suri rumah, warga emas dan pelajar.
Aktiviti : Kelas ini diadakan selama 3 kali seminggu. Hari Selasa = Microsoft Word, Khamis = Microsoft Excel, Sabtu = Microsoft Powerpoint.

Latihan Asas Professional (Microsoft Word)

Latihan Asas Professional (Microsoft Excel)
Klik Dengan Bijak (Tebedu)
Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 09.00 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : SMK Tebedu
Peserta : 10 Orang
Tujuan :Program kesedaran berkaiatan penggunaan ICT secara bijak. Golongan sasaran adalah pelajar sekolah dan lepasan sekolah.
Aktiviti : Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah SMK Tebedu diberi pendedahan berkaitan penggunaan ICT secara bijak dan pelupusan sisa elektronik secara terkawal.

Hari Bersama Komuniti PI Kg Pichin
Tarikh : 14 Oktober 2018
Masa : 12.00 tengah hari – 06.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Pichin
Peserta : 150 Orang
Tujuan : Mempromosikan dan meraikan komuniti setempat dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Pichin khas untuk penduduk Kg Pichin.
Aktiviti : Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya Pertandingan Mewarna Dalam Talian Kategori Bawah 5 tahun, Pertandingan Mewarna Dalam Talian Kategori Sekolah Rendah lelaki dan perempuan, Pemeriksaan kesihatan, Ceramah Dashboard, Advokasi KDB Bersama kaum Ibu dan Program keusahawanan bersama kaum Ibu Kg Pichin.


