Utama

  1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013?
   

J: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.

Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.

 
 
  2. S: Bilakah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dilaksanakan?
     

J: Pelaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. 

 
 
  3. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan saya ?
    J: Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.  

Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NADI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

 
 
  4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?
    J: Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.   
 
  5. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? Adakah          orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini?
    J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.  
 
  6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?
    J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.  
 
  7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?
   

J: Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 
 
  8. S: Dimana NADI terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli?
    J: Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf 
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan.
 
 
  9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?
      J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.  
         
  10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di            Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?  
      J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.  
         
  11. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Berapakah            kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?  
      J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.  
         
  12. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan cybercafe sediada?  
     

J: Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

JADUAL AKTIVITI MAC 2021

6 June 2021 Laporan Aktiviti

TARIKH : 05, 08, 17 & 18 MAC 2021 Program / Aktiviti / Kelas : BENGKEL E-PEMBELAJARAN : EDUCATIONAL GAMES FOR KIDS Masa : 2.30 pm – 4.30 pm Lokasi […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2021

  TARIKH: 5, 14, 17, 18 & 19 Februari 2021 Program / Aktiviti / Kelas : BENGKEL E-PEMBELAJARAN Masa : 2.30 petang – 4.30 petang Lokasi : PIK Kampung Pichin […]

Baca lanjut →

JADUAL AKTIVITI MEI 2021

3 May 2021 Jadual Aktiviti

JADUAL PROGRAM BULAN MEI 2020 TARIKH / HARI PROGRAM 4/05/2021 (Selasa) –      KDB GAMES : SHORT FORM VS LONG FORM IN SOSIAL MEDIA 6/05/2021 (Khamis) –      BENGKEL MY KOMUNITI (HEBAHAN) –      BENGKEL MICROSOFT […]

Baca lanjut →

JADUAL AKTIVITI APRIL 2021

13 April 2021 Jadual Aktiviti

JADUAL PROGRAM BULAN APRIL 2021 TARIKH / HARI PROGRAM 13/04/2021 (SELASA) –   TMK : APA ITU SPEED TEST INTERNET? –   ADVOKASI : OVER SHARING –   LATIHAN KEUSAHAWANAN : USAHAWANAN ONLINE LAMAN […]

Baca lanjut →

JADUAL AKTIVITI MAC 2021

JADUAL PROGRAM BULAN MAC 2021 TARIKH / HARI PROGRAM 7/3/2021 –      BENGKEL MICROSOFT WORD : ENGLISH WRITING PRACTICE –      ADVOKASI : PERKONGSIAN CARA MELAYARI INTERNET –      LATIHAN KEUSAHAWANAN : PEMASARAN DALAM TALIAN 13/03/2021 […]

Baca lanjut →

JADUAL AKTIVITI FEBRUARI 2021

JADUAL PROGRAM BULAN FEBRUARI 2021 TARIKH / HARI PROGRAM 5/14/17/18/19 FEB 2021 –       KELAS ICT E-PEMBELAJARAN (LIFE HACK-KITAR SEMULA) 7/2/2021 (AHAD) – DASHBOARD – CERAMAH MY SHOP 24/25/26 FEB 2021 –       ADVOKASI […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2021

24 January 2021 Laporan Aktiviti

TARIKH : 09 JANUARI 2021                                                   […]

Baca lanjut →

JADUAL AKTIVITI JANUARI 2021

6 January 2021 Jadual Aktiviti

JADUAL PROGRAM BULAN JANUARI 2021 TARIKH / HARI PROGRAM 6/01/2021 (RABU) –   BENGKEL ADVOKASI : BERITA PALSU –   BENGKEL KEUSAHAWANAN : PRODUK KESIHATAN 9/01/2021 (SABTU) –       BENGKEL E-RECRUITMENT –       CERAMAH & BENGKEL ADVOKASI […]

Baca lanjut →

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2020

22 December 2020 Laporan Aktiviti

TARIKH : 18 Disember 2020 Program / Aktiviti / Kelas : CERAMAH DAN BENGKEL ADVOKASI : PENIPUAN ATAS TALIAN Masa : 9.00 pagi –11 .00 pagi Lokasi : Bilik Latihan […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya