Utama
| 1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013? | ||||||
|
J: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun. |
||||||
| 2. S: Bilakah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dilaksanakan? | ||||||
|
J: Pelaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. |
||||||
| 3. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan saya ? | ||||||
| J: Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.
Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NADI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998). |
||||||
| 4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender. | ||||||
| 5. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini? | ||||||
| J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut. | ||||||
| 6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. | ||||||
| 7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
|
J: Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. |
||||||
| 8. S: Dimana NADI terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli? | ||||||
| J: Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan. |
||||||
| 9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. | ||||||
| 10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. | ||||||
| 11. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan? | ||||||
| J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang berhampiran untuk keterangan lanjut. | ||||||
| 12. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan cybercafe sediada? | ||||||
|
J: Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna. |
||||||
JADUAL AKTIVITI NOVEMBER 2020
JADUAL PROGRAM BULAN NOVEMBER 2020 TARIKH / HARI PROGRAM 7/11/2020 (JUMAAT) – ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK (SUAMIKU GANGSTER) – KDB GAMES : KDB CROSSWORD PUZZLE (TAJUK : THE […]
LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2020
TARIKH : 3 OKTOBER 2020 Program / Aktiviti / Kelas : BENGKEL MICROSOFT WORD : ASAS MENAIP Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pi Kampung […]
LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2020
TARIKH : 3, 9, 12 & 25 SEPTEMBER 2020 Program / Aktiviti / Kelas : ADVOKASI : CERAMAH CARA MELINDUNGI DATA PERIBADI DAN PRIVASI ANDA DALAM TALIAN Masa : 10.00 […]
JADUAL AKTIVITI OKTOBER 2020
JADUAL PROGRAM BULAN OKTOBER 2020 TARIKH / HARI PROGRAM 03/10/2020 (SABTU) – ADVOKASI : CERAMAH & BENGKEL KLIK DENGAN BIJAK (SUAMIKU GANGSTER) – KDB GAMES : KDB CROSSWORD PUZZLE (TAJUK : […]
JADUAL AKTIVITI SEPTEMBER 2020
JADUAL PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2020 TARIKH / HARI PROGRAM 04/09/2020 (JUMAAT) – PENYAMPAIAN HADIAH VIDEO KREATIF SEMPENA HARI KEMERDEKAAN – ADVOKASI : JENIS-JENIS JENAYAH SIBER 11/09/2020 (JUMAAT) – BENGKEL MICROSOFT WORD : TYPING […]
LAPORAN AKIVITI OGOS 2020
LAPORAN AKTIVITI OGOS 2020 TARIKH : 8,9, 14 & 15 OGOS 2020 Program / Aktiviti / Kelas : ADVOKASI DALAM TALIAN Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Lokasi : […]
JADUAL AKTIVITI OGOS 2020
JADUAL PROGRAM BULAN OGOS 2020 JADUAL PROGRAM BULAN OGOS 2020 TARIKH / HARI PROGRAM 08/08/2020 (SABTU) – BENGKEL KEUSAHAWANAN : PERNIAGAAN SECARA ONLINE – BENGKEL KEUSAHAWANAN : SHOPEE 09/08/2020 (AHAD) – BENGKEL […]
JADUAL AKTIVITI MAC 2020
JADUAL PROGRAM BULAN MAC 2020 TARIKH / HARI PROGRAM 05/03/2020 (KHAMIS) – ADVOKASI : BENGKEL MOBILE E-WASTE – LET’S COLOURING 14/3/2020 (SABTU) – BENGKEL MICROSOFT WORD – CERAMAH DASHBOARD : MY KOMUNITI – ADVOKASI : […]
LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2020
TARIKH : 07 FEBRUARI 2020 Program / Aktiviti / Kelas : KDB GAMES : KDB WORD SEARCH Masa : 2.40 pagi – 4.40petang Lokasi : Bilik Latihan Pi Kampung […]


