Utama
| 1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013? | ||||||
|
J: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun. |
||||||
| 2. S: Bilakah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dilaksanakan? | ||||||
|
J: Pelaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. |
||||||
| 3. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan saya ? | ||||||
| J: Pemilihan lokasi NADI adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.
Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NADI adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998). |
||||||
| 4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Proses pelaksanaan NADI adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender. | ||||||
| 5. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini? | ||||||
| J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut. | ||||||
| 6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. | ||||||
| 7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
|
J: Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. |
||||||
| 8. S: Dimana NADI terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli? | ||||||
| J: Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan. |
||||||
| 9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. | ||||||
| 10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. | ||||||
| 11. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan? | ||||||
| J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NADI yang berhampiran untuk keterangan lanjut. | ||||||
| 12. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan cybercafe sediada? | ||||||
|
J: Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna. |
||||||
Klik Dengan Bijak Dewasa Disember 2017
Klik Dengan Bijak Dewasa Disember 2017 Tarikh : 31 Disember 2017 Masa : 09:00 a.m. – 11:00 a.m. Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin
Kelas Membuat Email & Akaun Blog (Sekolah Rendah) Disember 2017
Kelas Membuat Email & Akaun Blog (Sekolah Rendah) Tarikh : 9 – 10 Disember 2017 Masa : 09:00 a.m. – 11:00 a.m. Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin
Disember 2017
Kelas Membuat Email & Akaun Blog Pelajar Sekolah Rendah Tarikh : 9 – 10 November 2017 Masa : 09:00 Pagi – 11:00 Pagi Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin […]
Jadual Aktiviti 2018
November 2018 Tarikh Aktiviti Tempat 6, 13, 27 Nov 2018 Latihan Asas Professional (Microsoft Word) setiap hari Selasa 10.00 am – 12.00 pm (Dewasa) | 03.00 pm – 04.00 pm […]
English Central
Kelas English Central Tarikh : 25 – 26 November 2017 Masa : 09:00 petang – 11:00 malam Lokasi : Surfing Area PI1M Kg Pichin
Majlis Akhir Tahun Tabika Kemas Kg Pichin
Majlis Graduasi pelajar Tabika Kemas Kg Pichin Tarikh : 24 November 2017 Masa : 06:30 petang – 10:00 malam Lokasi : Dewan Kg Pichin
Menarik di Serian & Tebedu (Usahawan Kraft)
Sesi temubual bersama Encik Edwin ak Sijat, Pengusaha Kraft Buluh Kg Pichin Tarikh : 24 November 2017 Masa : 09:00 Pagi – 11:00 Pagi Lokasi : Bengkel Kraft Satu Daerah […]
Kelas Membuat Email & Akaun Blog Pelajar Sekolah Rendah
Kelas Membuat Email & Akaun Blog Pelajar Sekolah Rendah Tarikh : 11 – 12 November 2017 Masa : 09:00 Pagi – 11:00 Pagi Lokasi : Bilik Latihan PI1M Kg Pichin
Klik Dengan Bijak
Klik Dengan Bijak Tarikh : 1 November 2017 Masa : 08:00 Pagi – 10:00 Pagi Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu
November 2017
Klik Dengan Bijak Tarikh : 1 November 2017 Masa : 08:00 Pagi – 10:00 Pagi Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu Kerjasama : Pelajar Tingkatan 3A-3F (SMK Tebedu), Pusat Internet […]


