Selain pemprosesan padi yang menjadi beras merupakan salah satu pembuka rezeki kepada penduduk kampung Pichin, penanaman lada juga merupakan salah satu asas pertanian yang membuka pintu rezeki kepada para penduduk kampung yang mengusahakan tanah serta kebun masing-masing. untuk makluman simbolik/tugu kepada Kampung Pichin ialah tanaman LADA yang melambangkan pekerjaan para petani di kampung Pichin. Ada juga diantara petani mengusahakan tanaman kelapa sawit secara kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran mengikut saiz keluasan tanah dan juga sistem pengairan yang agak baik bagi menghasilkan buah kelapa sawit yang berkualiti.