Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pichin adalah sebuah Pusat Internet CBL Enhancement yang mula beroperasi pada 08 Disember 2014. Pada asalnya, tempat dimana pusat ini ditubuhkan merupakan sebuah rumah kosong dan lama tidak dihuni oleh pemilik tanah dan rumah tersebut. Kini Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Pichin telah berdiri teguh sebagai sebuah rumah baru dimana Pusat Internet telah membantu penduduk kampung dari segi pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan.
